Skim Haji

MAA TAKFULINK HAJJ

Pelan Takaful Haji yang menawarkan Perlindungan Takaful Kematian & Hilang Upaya + Kemalangan Diri + Penyakit Kritikal + Kad Perubatan + Tabung Simpanan Haji/Umrah + Badal Haji

Pelan Caruman Lazim Takaful Keluarga berkaitan pelaburan yang berakhir pada umur Orang Yang Dilindungi - 80 tahun. Produk ini adalah produk unik yang menawarkan manfaat perlindungan dan juga manfaat pelaburan. Sebahagian daripada jumlah caruman anda diperuntukkan untuk membeli unit di mana-mana Dana Shariah MAA Takaful mengikut dana pilihan anda.

Takafulink Hajj telah dipakej bersama dengan dua manfaat tambahan iaitu Perlindungan Khusus (MTKP) dan Perlindungan Ziarah (MTZP). Nilai Sijil MAA Takafulink Hajj adalah tertakluk kepada harga unit yang disandarkan, dimana ia adalah tertakluk kepada prestasi Dana Shariah MAA Takaful yang telah dipilih oleh anda.

MANFAAT

  
1) Simpanan & Pelaburan
Sebahagian daripada simpanan anda akan dilaburkan ke dana pelaburan terpilih dan keuntungan daripada pelaburan tersebut akan dimasukkan ke akaun pelaburan peserta. Dengan ini simpanan anda akan bertambah disamping mendapat perlindungan.

2) Pengecualian Caruman ke atas 46 Penyakit Kritikal

Kelebihan Takafulink Hajj ialah membolehkan peserta menikmati manfaat tambahan pilihan sekiranya peserta disahkan menghidap salah satu daripada 46 penyakit kritikal, peserta akan dikecualikan daripada membayar caruman bulanan sehingga peserta berumur 80 tahun atau meninggal dunia; yang mana terdahulu. Ini bermakna peserta tidak perlu membayar caruman bulanan tetapi masih boleh mendapat pampas an sekiranya peserta meninggal dunia.

3) Perlindungan Khusus

100% jumlah perlindungan bagi manfaat tambahan akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya keseluruhan dan kekal akibat kemalangan.

200% jumlah perlindungan (max. RM200,000) bagi manfaat tambahan akan dibayar jika kematian akibat kemalangan atau hilang upaya keseluruhan dan kekal berlaku di Arab Saudi.

4) Pampasan Hilang Upaya Kekal
Takafulink Hajj juga menyediakan tabung kecemasan sekiranya peserta mengalami hilang upaya kekal. Wang dari dari tabung kecemasan ini boleh digunakan peserta untuk menampung kos sara hidup seharian apabila peserta tidak lagi berupaya untuk meneruskan kehidupan secara biasa.

5) Badal Haji, Qurban dan Waqaf RM5,000
Sekiranya peserta meninggal dunia, sebahagian daripada manfaat khusus sebanyak RM5,000 akan diberikan oleh MAA Takaful kepada pelaksana terpilih untuk melakukan Badal Haji, Qurban dan Waqaf.

6) Khairat Kematian RM2,000 dan Manfaat Tambahan RM5,000

Khairat kematian RM2,000 akan dibayar kepada waris dalam tempoh 24 jam penerimaan tuntutan yang disokong oleh salinan Laporan Polis yang diperakui, Sijil Kematian dan dokumen yang berkaitan. Satu manfaat tambahan RM5,000 akan dibayar atas kematian dimana benefisiari mempunyai satu  pilihan menggunakan manfaat bagi tujuan berikut:  

i.  Manfaat bayaran balik – Kenderaan yang digunakan membawa peserta yang dilindungi pulang ke Malaysia.

ii.  Ziarah – Belanja dikenakan dalam pengkebumian / penerbangan / perhotelan dan sebagainya untuk keluarga yang dilindungi bagi menguruskan pengkebumian di luar Malaysia                   

ii.  Tujuan-tujuan lain.

7) Hibah kepada Waris

Jika berlaku kematian ke atas peserta, wang pampasan akan dihibahkan kepada waris yang telah dipilih oleh peserta sebelum kematiannya. Hibah tidak tertakluk kepada pembahagian faraid dan waris yang layak akan menerima semua wang yang telah diperuntukkan untuknya tanpa perlu dibahagi-bahagikan.

8) Pelan Perlindungan Satu Keluarga (Manfaat Tambahan Pilihan)
Manfaat tambahan ini membolehkan peserta menerima RM2,000 sekiranya salah seorang daripada ahli keluarga peserta meninggal dunia (semua sebab). Manfaat tambahan ini mengambil kira satu keluarga yang terdiri daripada pasangan suami isteri dan empat orang anak.

9) Pampasan Kematian
Sekiranya berlaku kematian sebelum umur 80 tahun, kedua-dua jumlah perlindungan dan baki di dalam akaun peserta akan dibayar.
 
MENGAPA MAA TAKAFULINK HAJJ PILIHAN IDEAL ANDA ?

1) Pelan ini memberikan anda Manfaat Kematian & Kehilangan Upaya Keseluruhan dan Kekal yang dijamin.

2) Sekiranya berlaku Kematian & Kehilangan Upaya Keseluruhan dan Kekal, Jumlah Perlindungan dan Akaun Pelaburan Peserta akan dibayar dan perlindungan akan tamat.

3) Pelan Takaful yang membantu Peserta untuk mengumpul dana bagi tujuan melaksanakan Haji atau niat mulia yang lain.

4) Perlindungan 24-jam di seluruh dunia.

5) Pembayaran caruman yang berpatutan dilakukan secara bulanan, suku tahun, setengah tahun, atau tahunan.

6) Caruman yang dibayar diberi pelepasan cukai, berserta Takaful Keluarga / Insurans Hayat anda yang lain. Pelepasan cukai bagi setiap individu adalah sehingga maksimum RM6,000, tertakluk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

7) Perkongsian untung – Anda layak berkongsi lebihan, jika ada daripada Akaun Pelaburan Risiko Perserta (PRIA), sekiranya ada dan tertakluk kepada tiada tuntutan dibuat. Perkongsian untung adalah berdasarkan kepada nisbah perkongsian 50:50.

KELAYAKAN


Orang Yang Dilindungi: Sesiapa sahaja yang berumur di antara 30 hari sehingga 69 tahun.
Peserta / Pemohon: Sesiapa sahaja yang berumur di antara 18 tahun ke atas.


No comments:

Post a Comment