Saturday, 3 August 2013

SMARTMEDIC 200 MAA TAKAFUL


Medical Card Smart Medic 200

Menawarkan anda kemasukan hospital yang dijamin dan menguruskan segala bil perubatan sejurus selepas anda keluar dari panel hospital kami. Smart Medic 200 memberikan anda dan keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan yang komprehensif dan berkualiti terutama sekali bila anda memerlukannya

Kelebihan Medical Card

1) Tiada Co-Takaful untuk Umur 16 tahun dan ke atas

Kad perubatan MAA Takaful tidak mempunyai ko-takaful 10% bagi  peserta berumur 16 tahun dan ke atas (Ko-takaful bermaksud peserta takaful harus membayar 10% dari jumlah bil perubatan yang dikenakan).

Beberapa pengedali takaful di Malaysia mengenakan ko-takaful pada kad perubatan mereka. Namun dengan MAA Takaful Smart Medic 200 ini, tiada ko-takaful dikenakan dan bil perubatan anda ditanggung 100%.

Bagi tuntutan yang dikemukakan di bawah umur juvana, iaitu berumur antara 30 hari sehingga 15 tahun, ko-takaful akan dikenakan. Peserta dikehendaki membayar 10% daripada kos manfaat yang layak, tertakluk kepada minimum ko-takaful sebanyak RM300 dan maksimum ko-takaful sebanyak RM1,000.

2) Unlimited Lifetime Limit
Dengan SmartMedic 200, anda tidak perlu risau dengan had seumur hidup yang tinggal. Kami menawarkan andamanfaat seumur hidup TANPA had yang membolehkan anda sentiasa mendapatkan rawatan perkhidmatan dan perubatan yang berkualiti.

3) Had tahunan sehingga RM250,000
Dengan SmartMedic 200, kami menyediakan had tahunan sehingga RM250,000 (bergantung kepada pelan yang dipilih).

4) Manfaat bilik dan penginapan sehingga RM1,000

 Dengan SmartMedic200, anda berkelayakan untuk menikmati bilik & penginapan hospital harian sehingga RM1,000 tertakluk kepada pelan yang dipilih.

5) Manfaat khairat kematian sehingga RM5,000
Kami menyediakan Manfaat Khairat Kematian sebanyak RM5,000 yang mana ianya akan dibayar apabila berlakunya kematian atas apa jua sebab.

6) Kad perubatan tunggal atau rider
Kad Perubatan MAA Takaful Smart Medic 200 mempunyai pilihan untuk diambil tanpa perlu digabungkan dengan mana-mana pelan takaful hayat yang lain. Ini bermakna anda boleh mempunyai kad perubatan sahaja (kad perubatan tunggal) tanpa perlu memiliki pelan takaful lain.